Sunday, March 18, 2012

Tok Dan Wan Nak Pi Umrah...

Tujuan balik kampung kali ni adalah sebab nak hantar tok dan Wan pi umrah. Tok dan wan akan jadi tetamu Allah kali ni. Dan mungkin juga nak bayar nazar sebab tok dah sihat sikit. Doa selamat dah buat dan kali ni tunggu nak terbang je. Mama pun tak sangka ramai pulak nak berantar tok dan Wan, kalau yang tak dapat hantar ke airport, datang kat rumah je sebelum tok dan Wan bertolak. Ucap selamat pergi dan selamat balik.


Tok , mak lang dan ummi bergambar bersama Tok Teh yang gambarnya tak pernah di publish di sini. Tok Teh ni kakak Wan.



Pakcik dengan Wan. Adik lelaki mama, satu-satunya saudara lelaki mama dalam family.



Tok Teh, antara orang terpenting yang  tinggal dalam family Wan. 



Tok Teh yang sangat mengambil berat. Ingat ;lagi kecik-kecik dulu selalu makan kat rumah tok teh. Sangat sedap tok teh masak. Lauk simple pun sedap. Kuih lapis yang tok teh buat pada mama adalah yang paling sedap di dunia.



Keluarga ni yang tak boleh tidak mesti ada gambar kenangan.



Pakcik azan waktu tok dan Wan melangkah keluar. 



Dah sampai dah lapangan terbang Sultan Abdul Halim. Tok dan wan akan naik disini dulu dan turun kat Kl. Bertolak dari Kuala Lumpur ke madinah dari sana. Kat KL nanti, mak long akan join Tok dan Wan terbang kesana. Bertolak dari KL, Dubai sekejap dan terus ke Madinah.



Bergambar lagi. Mama kan gilerphoto



Beg Tok Dan Wan, Kayra yang tolong tarik beg yang kecil  bawak masuk dalam aiirport. Si kecik ni kan extra rajin.



Wan kita kayra, ini wan kita



Dua orang terpenting dalam hidup mama. Walaupun mama 'takketahuanhala'  macam ni, itu adalah kesalahan mama sendiri. Hehehe.... Didikan dari mereka memang dah superb... Lawak plak tengok tok pakai tudung labuh. Dulu masa muda-muda tok pakai kebaya tau...



Kita semua yang 'gilegambar' bersama tok dan wan



Family Mak Lang. Segala harta wan tinggal kat pak lang. Macam kaya raya je sebut harta-harta semua.



Family pak teh, anak tok teh pun ikut hantar wan. Wan ni satu-satunya waris lelaki tertua yang tinggal dalam family sebelah wan. Kita berada dalam keluarga yang sangat memberatkan waris. cerita-cerita ni kena tanya orang lain. Mama tak nak cerita.  Kita orang kedah, orang bendang, hal-hal pewarisan sangat diberatkan. Ada orang tanya, kenapa mas kawin orang kedah mahal, ada saudara tua mama pernah cakap (dah arwah pun), mas kawin orang kedah ikut, relung bendang yang depa ada, lagi banyak sawah, lagi mahal. Hahaha...itu mungkin dulu...



Sekejap hilang, sekejap hilang budak ni. Kena tangkap papa dukung pastu hilang lagi. Berlari sana-sini.


Tak settle lagi hal beg. Semalam, sampai pukul berapa mama kemas beg tok. Biar ada semua barang penting.


Acara wajib, mesti ada gambar kami berdua. maksu pakai clinique, anda bila lagi...


empat menantu...


Pak lang yang sentiasa ada bila wan perlukan pertolongan


Sila abaikan jika anda tidak suka gambar ini, mama saya sangat suka bergambar


Saya pun nak, saya pun nak bergambar dengan najla. Asyik panggil Najla adik padahal kalau ikut pangkat dialah adik. Penat nak betulkan panggilan 'adik' kepada 'kak cik'.


Pasport dan visa dah dapat.


Family pak cik


Candid lagi


Periksa bagasi. Beg tok kantoi ye. Sebab bawak gunting. 

Masuk je tok dan Wan ke balai berlepas, menantu-menantu pusing belakang berkumpul sesama sendiri berbincang bila nak jual kambing-kambing wan. Amboiii... banyak cantik...


Mama dengan pakcik. Kita dah tak ada lagi gambar berdua kan ??


Kita kat luar, cadangnya nak tunggu kapal wan dan tok berlepas. Lepak-lepak sembang-sembang dulu. Mula-mula family pak teh pun join tapi depa tak tunggu lama.


Jarang dapat berkumpul begini. Arif aqil dah besar kan ?


Mesti ada jugak 'fotogedik' maksu dan Kayra.



Kita dan Family Pakcik.


MamaDaughter.

Tak lama lepas tu kita balik. Tak larat dah nak tunggu kapalterbang wan berlepas. Paksu nak belanja nasi ayam kat 'Tat Nasi Ayam'. Papa belanja sate. Kita makan kenyang sampai rasa nak muntah balik. Pastu kita hairan kenapa berat badan bertambah. Sangat hairan.

Lepas makan kita terus balik. Esok mamaPapa kerja. Kayra harus pergi school.

2 comments: