Friday, March 30, 2012

Ikan Bakar again...?

Kelakar pun ada bila papa text mama ajak pi makan ikan bakar lagi. Ini gara-gara papa buka blog dan nampak gambar ikan bakar  dalam entry sebelum ni. Dari mata turun ke hati nampaknya. Mama kena tengok balik entry tu. Nampak sedap sangat ka?
Kita tau papa kita macammana kan, kadang-kadang kita semua buat gila macam ni pun disebabkan papa jugak. Masa tu mama kat econsave tengah tengok-tengok sayur apa nak masak, tiba-tiba je sms masuk ajak pi makan ikan bakar lagi. Cepat-cepat mama stop, bayar dan pi ambik Kayra kat kindy. Bersiap dan bertolak. Lepas maghrib kita dah start order dan makan.

Bergambar dulu.

Kayra dah macam siti Sifir dah mama tengok.


Mama plak, mana aci orang lain je bergambar.

Sabar menanti


Side order dah sampai.

Mama try rasa kerang dulu. Ok pass...


Ha !  papa candid us...


The soup is mine.... very nice....



Close up..


ok, pass QC...


Air asam dan pencicah..


Kepala hidangan dah sampai...


Ini papa punya...


Sekali lagi ikan bakar. Baru mama perasan ikan ni balut dengan daun pisang.



Ok. makan papa, makan sampai muntah. Setakat dua kali ni je. Lepas ni biar lama sikit baru kita makan ikan bakar balik. Kalau kerap sangat takut muak pulak nanti.
Lepas balik, ajak jumpa maksu tapi maksu malas nak keluar pulak. Takpa la. Lain kali saja kita jumpa maksu.
Kita gerak balik rumah kita. Kena tidur awal sebab Kayra nak pergi school esok pagi.

No comments:

Post a Comment