Tuesday, March 27, 2012

Kita cari lampu malam-malam

Dua tiga hari ni papa asyik cakap pasal LED display messager. Apa tu ? Ala macam papan iklan berlampu yang selalunya ada display kat kaunter-kaunter atau kat kedai-kedai yang paparkan selamat datang, welcome dan lain-lain. Mama nak cerita pun mama bukannya tau sangat. Papa nak pasang kat ofis. Pejabat papa yang nak bayarkan, jadi papa ditugaskan untuk membeli dan memasang alat tu kat lobi pejabat.
Dek kerana nak mencari benda alah tu, kita pun dikerah sama menemani papa. Bila sebut saja pasal LED display tu, kita semua dah tune ke satu kedai kat Pacific. Jadinya, petang tu jugak kita sampai kat kedai lampu tu.
Papa kan electric man, jadi sebanyak sedikit kita pun hidup dikelilingi dengan benda elektrik jugak.




Sedang papa sibuk dengan hal memilih benda, kita pulak sibuk bergambar. Jenuhla Kayra mama paksa berposing dengan pokok-pokok lampu. Bermacam warna dan saiz pokok lampu ni. Cantik sangat. Rasa macam nak angkut balik pun ada.
Hari ni papa cuma tengok jenis dan survey harga. Papa ambik gambar barang tu dan esok boleh la dipanjangkan pada bos tempat kerja papa.
  Lepas balik dari pacific, papa ajak makan nasi dalca kat depan Telekom Butterworth. Tempat tu dah jadi port wajib kita kalau terasa nak makan kat area-area sana. Selesai sudah makan kita gerak balik dan sempat singgah sekejap kat 'shop-in 'd park' kat Autocity. Kita tak pernah datang sini. Banyak betul kedai. Barang-barang yang dijual kebanyakannya baju-baju ala-ala factory outlet. Banyak jugak benda lain, bila datang sini, terasa macam kat pasar malam kat Batu Feringghi pun ada.







Sementara mama dok usha-usha kain baju yang berejam-rejam mama dok belek tapi tak beli pun tu, papa bawak kayra driving kereta mainan. Antara sebab Kayra rapat sangat dengan papa, sebab inilah, apa saja mainan yang Kayra nak try papa mesti iya kan je. Tapi kalau mama, no way. Malas la mama mama nak tercongok tunggu kat situ. Nasib baik kita ada papa kan ?
Lepas berjimba kat situ sejam dua, kita terus bertolak balik rumah. Esok jumaat, Kayra tetap kena pergi kindy. Lambat macammana pun, pukul 6.45 pagi esok, kayra tetap kena bangun mandi dan bersiap pergi school.

No comments:

Post a Comment