Thursday, March 1, 2012

Kenduri Doa Selamat

Wan buat kenduri hari sabtu malam. Kenduri doa selamat untuk mohon keberkatan perjalanan dan kesejahteraan  selama dua minggu tok dan wan di Mekah. Kita mohon kat Allah agar Tok dan Wan dipelihara selama di Tanah Haram untuk mengerjakan umrah. Ada bacaan yassin dan doa-doa.

Sebelum tetamu datang, berjemaah maghrib dulu semua. Berimamkan ayah paksu, bapa mertua maksu. Aminkan doa yang baik-baik untuk kita, keluarga dan saudara seagama yang lain.


Ok, dah boleh mula berhidang. Makanan wan order katering je. Senang. Cuma petang tadi masak nasi putih dan buat gulai ikan sikit untuk tetamu yang mungkin berpantang daging.


Orang yang sama muncul di lensa kamera mama, bukan kerana orang lain tak ada tapi orang lain malas nak menonjol sementelah hanya muka-muka ini saja yang excited bila nampak kamera.


Menu malam ini adalah nasi daging, dalca dan air asam pencicah.



Daging yang lembut dan kenyal. Papa sangat suka sampaikan tambah berkali-kali.


Lagi gambar...


Dan lagi...


Nampak semak betul dapur tok. Nama pun kenduri kan...?


Ya, mereka lagi. Nampaknya begitulah....


* Mama tak ambil gambar ketika kenduri berlansung untuk menjaga sensitiviti sesetengah orang....hehehe...

No comments:

Post a Comment