Friday, June 1, 2012

kfc dengan sepupu

Jumaat 1 jun 2012 kita balik Taiping. PapaMama pick up kayra kat kindy pukul 6 dan kita straight away ke Kamunting.  On the way tok Honey call ajak pi kfc. Tak ada masalah sebab Kayra memang sangat suka makan ayam kan ?  Seronok betul Kayra nak jumpa sepupu, kat dalam kereta dok asyik sebut nak jumpa kakak saja. Kita sampai dah lewat jadi rancangan nak ke KFC tu dilewatkan sampai lepas maghrib.
Kita ke KFC Kamunting saja. Sementara tunggu makanan yang diorder Tok Honey dan Papa sampai, kita semua bergambar.
Semua gambar-gambar ni ikut turutan tau. Tak ada ubah-ubah. Tengok la kelaku masing-masing.


Alisya, Kayra, Aaron dan Adelia



Alisya, Kayra, Aaron dan adelia. Sudah  bangun....



Alisya, Aaron, kayra dan Adelia. Dah berubah tempat.




Kayra dah sorang, mana yang lain ?



Aaron sorang pulak. Mana yang lain ?



Alisya, Kayra, Aaron dan Adelia. Berada kembali di kedudukan asal.



Kayra, Adelia dan Tok Honey. Mana Aaron ?



Ok, semua dah ada. Papa snap gambar.



Aaron dengan Tok Honey. Mana pulak yang lain ?



Ok, dah ada semua. Mama pulak snap gambar.



Lepas semua kenyang lepas makan dengan suasana yang sangat meriah dan penuh drama dan babak, sampai jatuh-jatuh kerusi semua ada. Kita keluar dari KFC tu tapi tak terus balik rumah. Kita ronda-ronda sekejap Pekan taiping tengok suasana malam.

Kayra sangat seronok malam tu



Monday, May 28, 2012

Picnic

Pagi sabtu mak anjang call, masa tu mama baru ja lepas hantar Kayra pergi school. Kayra kan pergi school enam hari seminggu tapi hari sabtu pukul lapan sampai dua belas tengahhari saja. Ahad adalah hari sepenuhnya Kayra bersama mama dan papa.
Ok, berbalik kepada cerita mak anjang. Mak anjang call tu sebenarnya nak ajak Kita bertiga pergi berkelah kat pantai merdeka. Mak anjang tanya mama nak datang tak ?, mama tanya papa, nak pergi tak ? dan papa jawab kat mama, ok , lepas kayra balik scool.
Pukul sepuluh Teacher Pratibha call cakap badan Kayra panas dan mungkin kena fever. Terus mamaPapa pi fetch Kayra. Memang panas. Balik rumah, mama mandikan dan bagi kayra tidur dan rehat.
Pukul 2 Kayra bangun dan nampak sihat walafiat seperti sediakala. So, kita semua ready untuk ambik angin pantai.


Akhirnya mama dapat jugak pijak Pantai Merdeka ni setelah bertahun-tahun tak mai sini. Dan bagi kayra pulak, inilah kali pertama dalam sejarah Kayra selamat sampai ke sini. Sepanjang perjalanan, asyik tidur saja anak mama, mungkin badan rasa tak sedap lagi. Tapi ok, nampak macam tak sabar-sabar nak sampai.



 
Dan bila dah jumpa KhairunNajla, semua panas badan tu dah hilang entah kemana. Bukan main lagi ye. Tapi bibir Kayra mama tengok macam kering je. Mungkin dia tak sihat tapi semangat datang bila jumpa kawan bermain.



 
Mama bancuh scott emulsion letak dalam botol. Sebab Kayra ni susah sangat nak minum air masak, kalau kat rumah mama dah paksa dah minum air masak walaupun mama terpaksa sumbat kat mulut guna picagari.



 
Abang Wazif ni kelakar kadang-kadang sampai asyik tergelak saja kita sepanjang hari. Nyaman betul angin pantai. Mood pun baik, seronoknya bila bergembira sekali-sekala.



 
Mak anjang dah bekal dalam bekas tupperware tapi kalau mama, mama bawak je bekal dalam bekas ais krim sebab lepas makan boleh buang saja.



 
Kita bawak kfc, makan dengan nasi dan lauk-lauk mak anjang masak kat tepi pantai. Sedap betul. Bertambah-tambah mamaPapa. Jangan kau sebut pasal diet.



 
Kayra takmau makan apa-apa, dia cuma nak main saja. Yang asyik nak makan apa-apa tu mama Kayra.




Harus ada gambar mereka berdua tatkala bertemu. Nanti bila dah besar, satu-satu gambar mama akan tunjuk. Comel kamu dua orang ni.



Pak anjang, Wazif dan Kayra.




Kerana isterinya sangat gemarkan rojak buah. Makanya si papa pun pergilah membeli di gerai sebelah sana.




Sila makan mak anjang, jangan malu-malu buat macam bekal sendiri. Eh ! Terbalik ke ?




Selepas makan, kita semua berjalan beramai-ramai ambik angin pantai.




Sedang nampak seekor anak anjing dimandikan oleh tuannya di pantai.




Cantik gambar ini.




Mak anjang dan pak anjang. Mak anjang ni kakak mama. Anak sulung, abang Wazir dah enam belas tahun. How time flies....



Penutup acara hari ini adalah gambar kami berdua. Sekian.



Lepas sepetang di pantai merdeka, kita gerak balik tinggalkan keluarga mak anjang yang akan bermalam di situ. Kita ke Jusco perda sebab papa ada nak beli barang. Kayra dah merengek-rengek kat dalam tu. Kemuncaknya dia termuntah air kat depan kedai DIY.  Cuci mulut dan tukar baju kita terus gerak balik. Esok ahad rehat sepagi, bila dah petang Kayra dah sihat semula. Yey, anak mama dah sihat.

Sunday, May 27, 2012

Kedai jahit Yang Tidak Kami Sangka, rupanya begini.....

Cerita ni dah dua minggu dalam draft, tak tau macammna nak mulakan. Tertunggu-tunggu nak dipublish. Tak apalah. Masalah nak mengarang ni mula-mula ja, tapi bila enjin dah panas, ketuk saja keyboard, dah siap karangan. Lagipun, mana mama pernah tulis panjang-panjang kan ? Blog mama ni penuh dengan gambar saja.

Cerita ni berlaku hari rabu rasanya, dua minggu lepas.
Mama nak try tempah baju kat satu tempat tu. Kata kawan mama Diana, elok, cantik dan sedap dipakai kalau auntie ni buat baju. Mama pun ikut la dia pi kedai tu hari tu. Tapi, katanya jangan terkejut bila tengokkan kedai. Apa nak kisahkan kedai asalkan cantik baju yang dibuatnya. Pukul 12 setengah kami dah gerak keluar dari ofis ke Bagan Serai dengan misi nak tempah baju la konon.

Masa mula sampai. Gulp, rasa terpegun sebab selalu bayangkan kedai kain yang selalunya memang berselerak tapi yang ni, memang berselerak pun, kain bertimbun bergunung ganang, semak. Tapi yang membuatkan kami amazing dan hairan bertubi-tubi adalah kerana selain daripada kedai jahit, ini juga adalah sebuah kedai gambar....




Auntie tailor ( bukan nama sebenar ), yang berjaya membuktikan kepada kami bahawa pepatah, 'don't judge a book by it's cover' adalah benar belaka. Tengoklah meja pejabatnya....




Kak era sedang duduk di atas kerusi mari berfoto berlatarbelakangkan warna biru gambar ukuran passport. Betul tak tipu. Yang tegak berdiri tu studio lighting. Malangnya hari tu tak ada sesiapa nak tangkap gambar ic, kalau tak kami boleh tengok macammana situasi pengambaran.




Disebalik bebenang merah dibelakang mama dan Diana, terletaknya sebuah komputer tempat si photographer mengedit gambar. Ya benar, sang suaminya adalah  si photographer tersebut.




Kerja-kerja pengukuran kain sedang dibuat. Cantik kain cik fairy. Dibawah jam dinding adalah timbunan pola baju. Hmmm....



Maka berkatalah si baju biru turquoise di dalam hati, " macammana dia nak ingat kolar baju yang banyak-banyak tu siapa punya" dan si baju coklat ni pulak tengah menghitung, hari ini, minggu depan, dan minggu lagi-lagi nak hantar tempah lagi baju baru. 




Taraa...auntie yang bersepah tapi hasil kerja tangannya sangat marvelous. Puas hati kata Diana.


Auntie tadi buat apa ?, tengah punggah longgok kain ke, cari baju costumer ? Hehehe...




Harus perutku yang lapar diisi dengan makanan itali. Wekk, muka melayu weh, tekaknya mau pizza. 



Bukan mama seorang, semua ahli rombongan hari tu. Puan Diana yang hanya makan semangkuk salad. Mama seorang yang makan pizza, bertiga lagi takmau kalah  dengan berspageti bagai. Hancur runtuh tugu azam nak berdiet.



Tiga keping pizza kecik tu mama boleh habiskan. Kalau papa ada sure menggeleng terteleng semua ada. Harus mama berlari tiga kilometer without fail atas treadmill nanti. Dah la pizza, ada sup lagi, air pulak bikarbonat, nak kata apa lagi, kan dah satu set.



Kalau nak tanya mama, kenapa kena ada entry tempah baju dengan acara makan-makan pulak lepas tu? Ada maksud tersiratnya.  Jangan nak salah tailor auntie tu gelak-gelak pasai ukuran badan, bukan main melantak lepas tu risau pasal berat badan. Entry ni entry motivasi untuk diri sendiri. Setelah beberapa hari tahan diri untuk berdiet, azam dan tekad punah hanya dengan perkataan 'Pizza Hut'

Mari kita mulakan sekali lagi Wink  ! ! !

Thursday, May 24, 2012

Kad Hari Guru

Lepas dua hari baru Kayra bagi kad dan hadiah hari guru tapi petang tu teacher Pratibha tak ada jadi Kayra cuma serahkan kad tu kat teacher Chang. MamaPapa bawak kad tu dari rumah dan mintak kayra bagi kat teacher chang masa nak jemput Kayra balik.
Ini kali pertama Kayra sambut hari guru dan bagi kad kat cikgu.

Mama print dan buat sendiri kad ni.



Ini hadiah yang kayra bagi kat semua teacher Kayra kat school.


Mula-mula takmau bagi.


Pastu nak bagi tapi malu-malu pulak.


Teacher Chang ni favourite teacher Kayra kat school. Dia Chindian.



Ramai lagi kawan-kawan Kayra yang tak balik lagi walaupun dah pukul enam petang.


Alang-alang mama panggil semua bergambar sekali.

Ok, semua angkat tangan.





Kayra tak ada masalah nak ke sekolah tapi sedikit bermasalah masa nak bangun pagi tapi mama masih anggap tu normal bagi kanak-kanak sebaya Kayra. Tiap malam kena bagi tidur awal kalau takmau mood dia tak elok bila pagi. Tapi kalau kita keluar malam, kita kena balik la awal sikit sebab nak bagi Kayra tidur awal.


Yogurt ice cream

Mama suka berebut-rebut yogurt dengan Kayra. Kalau mama beli letak dalam peti ais, kalau tak ada tu mama dah tau siapa yang ambik makan. Kayra dan mama sama-sama minat. Yogurt asli mama kurang suka tapi mama memang hantu yogurt berperisa. Yogurt drink mama suka jugak tapi kalau yogurt ice cream lagi-lagi mama suka.
Dan pada suatu hari, bos mama dah janji nak bawak mama makan yogurt ice cream kat tuti fruiti. Lepas dua tiga hari dia lupa. Dan lepas dua tiga hari kemudian tu pulak mama kembali menagih janji. Tidak boleh tidak, kena lah dia bawak. Kami pergi bertiga saja kerana kawan-kawan yang lain masing-masing ada komitmen lain. Jadi, kami bertiga yang tak berapa nak ada komitmen ni pun pi la Auto City sana. Undang-undang utama nak makan ais krim adalah kena pi masa cuaca yang panas, barulah nikmat aiskrim tu terasa. Sejuk je lalu kat tekak.

Jeng, jeng ,jeng.... adakah anda nampak di sana tu. Tuti fruiti. Yang tudung coklat tu Cik Faridah dan yang pakai baju kurung tu Kak Era. Dua-dua kawan pejabat dan itu jugak panggilan mama pada mereka.



Sekali lagi, dan mama rasa papa pun mesti tau kedai ni. 



Hmmm... macam ada makna ja mama dok tangkap gambar depan kedai ni banyak kali sangat. Harap papa faham bila baca entry ni...


Mula-mula pilih mangkuk. Pamkan aiskrim dan step seterusnya ialah nak pilih topping.



Ada macam-macam yang boleh kita tabur atas aiskrim. Susah jugak nak pilih. Marshmallow pun ada.



Tengok tu, kalau tak percaya sangat apa yang mama dok cerita ni... Takyah pening, ambik, tabur dan pi bayar. Banyak ambik, banyak la bayar sebab ikut berat ok.



Panjat tangga pulak naik atas. Nak makan kan ?



Nak kerusi merah, nak kerusi merah. Saya nak duduk kat kusyen merah. Dan, kami semua duduk kat atas kusyen merah tu...


Memang makanan aku, memang makanan aku.



Ini ais krim yogurt mama. Close up sikit.



Ini mangkuk ais krim mama.




Ini mangkuk aiskrim kak era. Sikit je dia ambik.



Cik faridah cuma makan buah-buahan. Katanya dia kenyang lepas makan nasi tomato untuk sarapan pagi.




Iye, mesti ada gambar kami berdua dari atas.




Dan gambar mereka berdua dari atas jugak.




Ada jugak  'akuarium' kaca untuk pelanggan berkumpulan yang nak privacy.



Dan jangan lupa lap mulut anda yang comot bahana aiskrim yogurt masam tuti fruiti.




Lepas makan aiskrim kami rasa tak puas sebab rasa macam perut tak berapa kenyang saja. So kami singgah pulak McDonalds makan foldover. Lepas tu kami semua pakat menyesal sebab makan banyak sangat.
Kak era kata, "tak apa, tadi kita makan yogurt, masuk bakteria baik dalam perut". Tapi kesian kat bakteria tu, dah mati kena hempap dengan foldover. Tu lah kan, nasib bakteria, jadi baik pun tak guna jugak.
Hahahaha...