Tuesday, March 27, 2012

LED Display Messanger Unit

Pagi pergi tepi Sungai Kerian, malam plak kita beli benda alah yang papa nak pasang kat ofis tu. Hari tu masa kita datang pertama kali kat kedai ni untuk survey, esok tu papa jumpa bos dan bagitau harga semua. Bos papa bagi greenlight makanya malam ni kita datang beli la.
Macam biasa, mama dan anak mama akan cam whore.
Tadaa... 








Kalau tak salah mama benda ni harga dalam enam tujuh ratus jugak la. Sesuai digunakan kat kaunter-kaunter, pejabat dan kedai-kedai. Perkataan-perkataan atau ayat-ayat boleh diubah ikut selera sendiri melalui software yang akan dibekalkan pada kita. Kalau rumah tak sesuai rasanya, tapi tak tau la kalau nak pasang kat depan pintu display gerak-gerak  'selamat datang' kat depan pintu rumah plak. Tapi mama memang tak pernah tengok la benda alah ni pasang kat rumah plak.
Mungkin ada orang yang nak tunjuk kreatif, mana kita tahu.







Dah bawak balik rumah, papa test kat rumah dulu. Hari ahad pasang kat ofis. Habis anak buah dikerahkan pasang benda tu pagi-pagi lagi.



Nampaknya, semua orang dah dapat gambaran jelas tentang LED display messanger unit ni. Hehehe...

"Tokei, sila bayar saya"

3 comments:

  1. Kayra dh semakin pandai posing dh skrg nie...lama auntie x jumpa Kayra...

    ReplyDelete
  2. Dah besar kak ina. Hari-hari bergambar. Sampai boring dia...

    ReplyDelete
  3. cutenya...pandai lak tue berposing...geram tgk...

    ReplyDelete