Tuesday, March 13, 2012

Disney On Ice

Kayra suka hati bila papa cakap nak bawak Kayra jumpa Mickey mouse hari sabtu. Pamplet Disney On ice yang papa bagi pegang sampai lunyai dia usung sana sini. Sangat-sangat mengujakan bila dapat peluang untuk tengok idola kanak-kanak ni. Tambah-tambah bila mama cakap, princess pun ramai kat sana.
Show kita pukul empat setengah , pukul empat kita sampai dah ramai orang, parking pun jauh. Kat dalam kereta Kayra tidur, bila sampai je kat Pisa, mama kejut senang pulak bangunnya.

Tiket kita enam puluh lapan untuk tempat duduk bebas. Kita pilih tempat duduk tinggi supaya mudah nampak semua. Nasib baik nampak jelas walaupun kecik je nampak mickey tapi kira ok lah. Kayra tetap kenal mickey walaupun jauh.

Kita pernah datang sini masa tengok home deco dulu tapi mesti Kayra dah tak ingat kan ? Sangat seronok saya hari ini. Sebab saya dah semakin pandai, mama dan papa bawak jumpa mickey.


Panas terik masa tu walaupun dah petang. Mama pakai merah hari tu sebab nak feeling-feeling orang muda sekejap.


Banyak gerai-gerai kat luar. Tapi harga barang tak masuk akal lansung. So mama tak beli apa-apa untuk Kayra.


Muka tak puas hati sebab mama asyik nak bergambar saja, Kayra dah tak sabar nak tengok mickey tu...
Dan ini gambar-gambar semasa show. Sebab kita duduk jauh dari arena skating so gambar yang mama dapat snap kualitinya macam ni saja. Papa taknak bawak DSLR. Makanya, kualiti gambar setaraf kamera compact saja. harap maklum.















Sejam show, time break kira-kira setengah jam untuk maintainance. Ini adalah show ice skating makanya mesti ada kesan calar atas dataran ais tu. Jadi untuk elakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku maka depa kenalah ratakan balik lantai ais tu. Mama tengok dari jauh je kerja-kerja baik pulih lantai. Yang mama nampak depa tuang air je lepas tu kilatkan balik macam maintainance cuci polish tiles. Ada 2, 3 orang technician kot yang akan check kesan calaran.
Lepas selesai, show sambung balik selama sejam.





Dah habis show kita keluar dari arena dan sempat lagi kayra bergambar dengan favourite character Disney. Kayra suka sangat princess dan sudah tentunya mickey mouse. Ini bukan tempat khas untuk photoshoot disney ok, tapi dinding booth gerai disney. Tengok gerai tu cantik, tak ada orang pulak tu. So, apa lagi.





Dan selesai semua kita gerak keluar dari PISA. Dah lewat petang. Cuaca pun redup je. Pertama kali kayra boleh diam duduk kat tempatnya selama dua jam tak gerak-gerak.Sangat minat dengan mickey ye Kayra ?



Thank You papa sebab bawak Kayra datang sini jumpa Mickey.


Lepas show kita gerak balik rumah tok. Mungkin malam kita sampai sana.

6 comments:

  1. seronoknya blh tgk karekter2 kartun ni.. msti teruja kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya Kayra tgk kareter2 kartun nie....mesti dia teruja sgt kan..blh dok diam selama 2 jam kat kerusi tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. tiket mak datok mahalnya hehe... kalau duduk sit depan sekali lagi la mahal kan..

    ReplyDelete
  4. kak ina : hehehe, kalau kayra tengok wayang, 15 minit dah cakap nak balik rumah...

    Hajar : Tu tiket paling murah. Tapi murah la kalau nak banding tiket konsert search yang Ezrin pi....

    ReplyDelete
  5. comellnya gmbar kayra yg lastuu. :D AINA

    ReplyDelete