Friday, December 30, 2011

Dengan Tok Honey Pulak

Lepas hantar kakak Ainna. Kita balik rumah Tok Honey pulak. Kita sampai rumah tok Honey dah petang. malamnya papa nak bawak tok Yang dan tok Honey makan-makan. Memang patut pun, sebab kita memang dah sangat lapar kan ?? Kita siap-siap, lepas maghrib kita keluar.

Oleh kerana kamu si kecik, duduklah kamu atas baby chair ni. Sebenarnya mamaPapa dah lama tak letak kayra kat atas baby chair sebab kayra dahpun besar. kaki pun dah takleh masuk rasanya melalui kerusi tu. Tapi sebab semalam meja nya rendah, mama pun try lah letak jugak kayra kat atas tu. Ok je dia.

Tok Honey dan tok yang masa tengah tunggu order, ambik gambar masa perut tengah lapar je mama. Sebabnya, bila makanan dah sampai, mama makan tak ingat sampai lupa nak bergambar bagai.

Esoknya, lepas take out semua makanan basah dari fridge, tok honey tanya kita nak kemana hari ni ?
Papa bawak kita semua pergi Taiping Sentral sekejap sebab Tok Honey nak cuci mata kat kamdar. Kayra papa  bawak main-main.

Sementara mama temankan tok honey ( teman sambil rembat sehelai kain ), papa bawak kayra main-main kat play area ni. Tak silap mama RM6 sejam, tapi papa lebih suka play area kat Sunway Carnival Butterworth lagi,  sebab lagi besar dan lagi banyak permainan. Boring je muka papa, kayra plak tak boring-boring lagi...

Tengok tu, sampai baring-baring anak mama kat dalam tu. Cantik pulak gambar ni kan ?

Bayangkan rumah kita ada banyak bola kecil macam ni. Oh tidakkk.... jenuh papaMama nak kemas nanti. Merata-rata kayra campak bola tu.

Lepas penat jalan-jalan tu. Tok Honey dah rasa lenguh kaki, papa temankan tok Honey. Kayra dah dapat satu belon, senanglah hati dia.


Semalam krismas,  oleh kerana mama nak jugak kayra bergambar dalam suasana festival, makanya mama suruhlah jugak kayra berdiri bergambar kat belakang kerusi urut papa, nampaklah pokok krismas kat bawah tu. Kalau bawak cik kayra ni turun bawah bergambar, maunya dia bawak lari hadiah kat bawah pokok tu nanti. Hehehe...
Tak dapat hadiah dari santa claus, kayra dapat hadiah daripada papa. Pororo ni favourite kartun kayra kat chanel 163. Tengok tu, sangat plastiknya senyum....
Petang tu kita balik rumah kita. 3 hari cuti, 2 negeri kita jejak. Lebih 8 daerah kita masuk. Wah !! Penatnya mama.....

No comments:

Post a Comment