Tuesday, December 27, 2011

Day 3 - Kita Pulang Ke Malaysia

Huh ! Bercinta jugak nak habiskan cerita Krabi ni... akhirnya sampai juga ke part last dan lepas ni kita dah boleh tulis cerita semasa....* lap peluh di dahi....

Lepas singgah sekejap di hatyai, kita bergegas naik van untuk menuju ke Padang Besar. Semua dah penat dan jemu dah duduk kat dalam van tu. Lepas singgah di Hatyai, rasa nak balik cepat-cepat. Rindu...
Mula-mula kita kena berenti kat imigresen Thailand dulu untuk cop apa yang patut dan kemudiannya kat imigresen  Malaysia pulak untuk declare masuk semula ke Malaysia.
Awek siam yang jadi tukang cop kat imigresen Thailand tu ada tegur kita tak boleh tangkap gambar. Mama nak tangkap gambar mama je bukan nak ambik gambar dia. Takpa la. Macam biasa, kat situ kena bagi jugak 'upah' cop passport. Sangat tidak telus.
Dah malas mama nak tulis banyak-banyak. Mama kira nak habiskan cepat-cepat je. Banyak lagi cerita kita yang mama nak tulis lepas ni. Papa pun dah bagi 2, 3 plan jalan-jalan untuk kita tahun depan 2012. Yang pasti, kita mungkin tak fly tahun depan sebab kita nak jalan-jalan kat sini-sini saja.

Kita tengok sama-sama gambar kita kat Border ok.





















Leganya rasa....selesai sudah...

Penutup percutian kita 2011

No comments:

Post a Comment