Monday, August 22, 2011

Pencarian Tudung Raya...

Baju raya tak siapa lagi, senang cakap tak dengar khabar berita la. sebab malas nak call tailor. Takut dia cakap baju raya tak sempat nak siap raya ni. Jangan la, harap-harap siap sebelum raya. Kalau tak siap, tak payah siapa pun pakai baju baru, kayra, papa termasuk tokyang sekali. Mama tak izinkan, hehehe.
Ok, stop cerita pasal baju. Ini topik penting bualan kawan-kawan pejabat. Bagi yang bertudung, tak sah kalau tak sedondonkan dengan baju. Nak nak pulak nak raya ni. Biar matching. Biasa la orang perempuan ni. Kalau baju purple nak tudung purple jugak. Kalau oren, nak tudung oren. Pastu, siapa pulak buat undang-undang pulak kalau baju gelap, matchkan dengan tudung cerah sikit. Hmm tu la kan...Terapi orang perempuan. Orang lelaki apa tahu... ( kasi highlight sikit kat papa ). Nanti orang cakap tak ikut fesyen lak...
Banyak tempat mama tinjau nak beli tudung sempena raya ni tapi mama nak cerita pasal dua tempat saja sebab dua tempat ini melibatkan kawan-kawan mama secara lansung. Pendek kata kami ' habis pilih ' la kat sini. Ada siap bawak baju raya nak matchingkan dengan tudung masa memilih. Sakan la orang perempuan ni.
Yang pertama ni ada kawan pejabat mama, azian berniaga tudung. Habis bersepah bilik meeting kami buat bazar tudung. Siap buat announcement mulut-ke mulut, semua staff perempuan berkumpul kat situ tak kurang sorang pun. Lupa, disamping tudung, hari tu dia jual jugak brooch dan selendang.





Yang keduanya ni kami ke Pasar kemboja. Pasar kemboja tu pasar seminggu dua kali berjualan berkaitan dengan fabrik seperti kain, baju dan tudung. Pasar tu kat Permatang Tok Mahat. Sebab apa panggil pasar kemboja ? Sebab disitu boleh kata 90 % peniaga adalah daripada orang kemboja. tapi ada jugak peniaga Melayu. Tapi mak ai, ramainya orang sampai susah nak berjalan. Kita boleh pilih macammana nak beli samada sehelai-sehelai ataupun sekodi. Ada gerai yang buat jualan kodi ja. Time ni la seronoknya pi ramai-ramai sebab kita boleh share untuk cukupkan bilangan helai tudung. Pastu siap boleh bincang lak pasal warna tudung. Seronok betul mama dengan kawan mama hari tu. Mama siap duduk-duduk try tudung. Dengan cuaca panas berkuap. sabar je la. Pastu bila balik masing-masing senang hati. Pastu boleh siap tunjuk tunjuk dan banding apa yang dibeli tadi.
Hai.....perempuan....perempuan....!!!!








4 comments:

  1. assalam..

    wahh.. meriah.. sy x beli pape pun, ank2 je yg beli.. tp sronok tgk dorang

    ReplyDelete
  2. dd : tak cakap pun nak ikut....

    kak maiyah : Meriah kat mulut je kak, dah tua-tua ni lebihkan anak je...

    ReplyDelete
  3. Azian buat bzy tudung yek..rindunua kt pasar kemboja...dan wajah2 org kt sps..huhuhu:-)

    ReplyDelete