Monday, August 22, 2011

Kita berbuka kat kampung mama pulak...

Hujung minggu sebelum cuti raya kita balik kampung wan pulak. Jumaat petang lepas papamama balik kerja kita bertolak. Papa ambik kayra kat rumah pengasuh, angkat semua barang sementara tunggu mama balik. Mama balik, tukar baju terus kita gerak.
Jalan jem sangat la kat Perai. Papa takleh drive laju-laju pun sebab sesak sangat. Kayra macam biasa layan cd kat belakang.



Pelan-pelan gerak sampai gak kat Plaza tol gurun dalam pukul 6.45 petang. Singgah sekejap kat Jeniang sebab mama nak beli kuih. Papa dan kayra tunggu kat dalam kereta sebab kayra tu mama takmau bawak turun. Sat lagi takut banyak cerita pulak. Mama beli air tebu, murtabak dan ayam percik yang papa nak.



Sampai kampung berenti kat rumah mak lang sebab kita nak berbuka kat situ. Wan dengan tok pun ada sama. Banyak betul makanan atas meja. Penuh meja tu. Tak tau la mana nak makan dulu. Kayra macam biasa bukan nak makan sangat. Tapi makan sikit nasi dengan ayam yang mak lang buat.






Dua malam selebihnya kita berbuka kat rumah tok. Macam macam kita masak. Sempat jugak tok teh hantar kuih lapis kat kita dua kali. Mama memang minat kuih lapis tok teh sejak dari kecil lagi.
Tahun ni kita beraya di Taiping. Raya ke dua insyaAllah kita balik Jeneri pulak.








Teringat masa kecil-kecil. Bulan puasa sekejap-sekejap pergi mandi. Petang dekat-dekat nak berbuka dah lembik badan. Selalu tiap petang tok tih ( mak tih mama ) akan hantar kuih. Pastu untuk salin bekas, mama kadang-kadang tok suruh pi hantar. Bestnya masa tu. Malam lak main mercun ramai-ramai dengan budak kampung. Wah ! Rindunya. Semua tu tak mungkin berulang dah. Budak-budak sekarang apa tau. Asyik dengan remote astro jerr...

No comments:

Post a Comment