Monday, June 6, 2011

Soup of the day...


     Hari sabtu balik kampung lagi. Dari jawi Pukul 2, sampai sungai petani 4.30 petang. Jalan jem gila, ada eccident lepas pada Tikam batu. Singgah sekejap kat Taman Ria Sungai Petani, attend majlis kawin rumah mak andak. Selamat Pengantin baru Nana dan Ahmad Rashdan. Cantiknya nana hari tu. Meriah betul kenduri. Ramai saudara mara sepupu sepapat. Rindu zaman kecil. Dah lama tak jumpa...Sedap makanan, rasa macam nak tambah-tambah tapi rasa segan plak. Dekat sejam jugak kat situ, sempat jugak kayra makan kek pengantin. Semua nampak happy ja...

     Malam sampai kat rumah, diajak kakak menziarah. Mandi dan siap-siap terus bertolak. Kayra tinggal kat rumah. Rumah yang dilawati tak sampai setengah jam perjalanan. Alamat pun  tak tau, ingat-ingat lupa tempatnya tapi Allah nak tolong, sekejap je jumpa. Saudara jauh, tapi dekat di hati. Ini sebenarnya cerita pada tred kali ni....

        
Dah lama sebenarnya berhajat nak melawat. Tapi masa dan kedaan tak mengizinkan. Dulu Abang Non (panggilan mama ) kerja dekat kampung mama. Rapat sangat dengan depa ni suami isteri. Depa berdua je, ambil anak angkat. Dulu sihat sekarang sakit. kuasa tuhan siapa boleh lawan. Tapi, semangat yang zuraida (ida)  tunjuk buat mama rasa kagum sangat.Masa sampai ida kat dalam bilik gelap beraicond, mula-mula hairan tapi baru teringat, ida tak nampak. Kak siah ( mak ida) jaga dia elok sangat. Ida takleh jalan, duduk je atas katil. Tapi ida selalu ceria, banyak kawan-kawan. handphone saja ada tiga hehehe... Ramahnya ida, tak habis-habis cerita. Tak ada lansung merungut tentang susahnya sakit, takda keluar perkataan malangnya diri. Yang buat mama kagum sangat bila mak abah ida sayang sangat kat dia, jaga macam anak kandung. Ida ada tunjukkan mama kotak yang penuh dengan sepit rambut. Seronok cerita pasal facebook, laman web yang dia baca. Novel online, keychain...Aduhai zuraida, mama rasa mama pun rasa kurang bersyukur berbanding dia.
Kak siah dengan abang non, mudah mudahan Allah membalas dengan ganjaranNya.



     Sekarang baru mama faham, kenapa kita digalakkan melawat orang sakit. Baru kita insaf asal kejadian kita. Baru kita sedar tentang birunya laut, tingginya langit, ada gelora ada angin. Jangan kita ingat, rumput rumah sebelah saja menghijau cantik, rumput rumah kita kering dan layu. Bila kita susah, ada orang lagi susah. Bila kita senang, ada orang di pagar sebelah tengah sebak menahan air mata. Tapi kita kena ingat ujian tuhan pasti ada, tak kira siapapun kita. Jangan mempertikaian kerja Tuhan, Dia lebih tahu. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

     Kayra ingat selalu, jangan memandang hina orang yang lemah. Kita semua ada perjanjian dengan Allah. Di berhak menguji kita dengan apa saja ujian, dengan apa saja keadaan. Tapi, semua itu untuk menambah iman kita. Kalau kita kuat, lebih bijak atau lebih berada, itu bukan tiket untuk kita membangga diri dan menindas orang lain. Pekerti yang dipandang mulia ialah merendah diri. tapi biarlah berpada-pada supaya kita tidak dipandang rendah.

2 comments:

  1. umur dia dah 22 tahun lin...dah berbelas tahun takleh jalan....tapi kuat semangat...

    ReplyDelete