Monday, June 13, 2011

Berangan tak salah kan ??

Last jumaat mama pergi tengok rumah lagi. Cantik rumahnya kat Taman Sungai Duri Indah. Mama pergi dengan kawan mama dua orang. Rumah jenis semi D. Kat Porch depan siap inprint finishing lantai sampai pagar depan. Mama minat la tengok decorating rumah ni. Ye la, mama kan kerja dalam bidang ni. Mama tengok-tengok bukan sebab nak beli pun. Kitakan dah ada rumah.



Tengok bentuk bumbungnya kayra. Cantik kan ? Tengok dari luar pun kita dah nampak cantik. Rumput menghijau je kan ? Rumah kita sekarang rumah teres, takda rumput pun. Kesian kayra tak merasa pijak rumput kat rumah sendiri. tapi rumah kita ada balkoni kan kayra ? penuh dengan pokok orkid.
Tengok tu kayra, bilik tidur cantikkan. Bilik kita kat rumah pun cantik jugak. Tapi bilik ni nampak cerah kan. Bilik kita kat rumah gelap bukan apa, langsir kita kan warna coklat gelap.

cantikkan kayra ? Dinding colour biru. Kawan-kawan mama dah terlebih suka dah tu. Mama lebih-lebih lagi la. Rumah kita papa cat purple kan ? Warna apa Kayra suka, purple ke biru ?


Dapur, tempat kegemaran mama. Ye la, mama kan suka makan. Orang kata, kalau dapur cantik, makin bersemangat kita nak masak sedap-sedap. No wonder la papa makin lama makin besar kan kayra....

Kalau la mama boleh decorate bilik anak mama macam ni. Rumah kita sekarang, bilik kayra papa cat colour pink. Kayra dah ada katil besar. Cukup la kan kayra ??


Mama and Elvis. Siapa comel, mama ke Elvis ?
Bilik bacaan. Teringin jugak mama nak buat bilik bacaan. Rumah kita sekarang satu bilik dah jadi bilik seterika dah. Takda chance la nampaknya.


Ruang tamu. Cantik. Mama memang suka rumah cantik yang simple-simple macam ni. Sesuai dengan kita, orang biasa. Ada rezeki kita tambah lagi rumah ye papa... best la rumah setingkat ni, takyah nak naik tangga bagai. anak mama pun senang nak kayuh basikal. Sekarang ni, basikal kayra sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Penat mama nak angkat naik turun.

Oh ya... Rumah ni, patern macam ni akan jadi milik kawan-kawan mama. Tapi bukan show house ni. Best la depa dapat rumah baru. nanti kalau depa jemput, boleh la kita jalan-jalan tengok rumah baru depa kan kayra. kalau tak jemput kita tengok bumbung ja. Boleh macam tu ?

1 comment:

  1. x sabarnya bilalah boleh masuk rumah ni

    ReplyDelete