Monday, May 28, 2012

Picnic

Pagi sabtu mak anjang call, masa tu mama baru ja lepas hantar Kayra pergi school. Kayra kan pergi school enam hari seminggu tapi hari sabtu pukul lapan sampai dua belas tengahhari saja. Ahad adalah hari sepenuhnya Kayra bersama mama dan papa.
Ok, berbalik kepada cerita mak anjang. Mak anjang call tu sebenarnya nak ajak Kita bertiga pergi berkelah kat pantai merdeka. Mak anjang tanya mama nak datang tak ?, mama tanya papa, nak pergi tak ? dan papa jawab kat mama, ok , lepas kayra balik scool.
Pukul sepuluh Teacher Pratibha call cakap badan Kayra panas dan mungkin kena fever. Terus mamaPapa pi fetch Kayra. Memang panas. Balik rumah, mama mandikan dan bagi kayra tidur dan rehat.
Pukul 2 Kayra bangun dan nampak sihat walafiat seperti sediakala. So, kita semua ready untuk ambik angin pantai.


Akhirnya mama dapat jugak pijak Pantai Merdeka ni setelah bertahun-tahun tak mai sini. Dan bagi kayra pulak, inilah kali pertama dalam sejarah Kayra selamat sampai ke sini. Sepanjang perjalanan, asyik tidur saja anak mama, mungkin badan rasa tak sedap lagi. Tapi ok, nampak macam tak sabar-sabar nak sampai.



 
Dan bila dah jumpa KhairunNajla, semua panas badan tu dah hilang entah kemana. Bukan main lagi ye. Tapi bibir Kayra mama tengok macam kering je. Mungkin dia tak sihat tapi semangat datang bila jumpa kawan bermain.



 
Mama bancuh scott emulsion letak dalam botol. Sebab Kayra ni susah sangat nak minum air masak, kalau kat rumah mama dah paksa dah minum air masak walaupun mama terpaksa sumbat kat mulut guna picagari.



 
Abang Wazif ni kelakar kadang-kadang sampai asyik tergelak saja kita sepanjang hari. Nyaman betul angin pantai. Mood pun baik, seronoknya bila bergembira sekali-sekala.



 
Mak anjang dah bekal dalam bekas tupperware tapi kalau mama, mama bawak je bekal dalam bekas ais krim sebab lepas makan boleh buang saja.



 
Kita bawak kfc, makan dengan nasi dan lauk-lauk mak anjang masak kat tepi pantai. Sedap betul. Bertambah-tambah mamaPapa. Jangan kau sebut pasal diet.



 
Kayra takmau makan apa-apa, dia cuma nak main saja. Yang asyik nak makan apa-apa tu mama Kayra.




Harus ada gambar mereka berdua tatkala bertemu. Nanti bila dah besar, satu-satu gambar mama akan tunjuk. Comel kamu dua orang ni.



Pak anjang, Wazif dan Kayra.




Kerana isterinya sangat gemarkan rojak buah. Makanya si papa pun pergilah membeli di gerai sebelah sana.




Sila makan mak anjang, jangan malu-malu buat macam bekal sendiri. Eh ! Terbalik ke ?




Selepas makan, kita semua berjalan beramai-ramai ambik angin pantai.




Sedang nampak seekor anak anjing dimandikan oleh tuannya di pantai.




Cantik gambar ini.




Mak anjang dan pak anjang. Mak anjang ni kakak mama. Anak sulung, abang Wazir dah enam belas tahun. How time flies....



Penutup acara hari ini adalah gambar kami berdua. Sekian.



Lepas sepetang di pantai merdeka, kita gerak balik tinggalkan keluarga mak anjang yang akan bermalam di situ. Kita ke Jusco perda sebab papa ada nak beli barang. Kayra dah merengek-rengek kat dalam tu. Kemuncaknya dia termuntah air kat depan kedai DIY.  Cuci mulut dan tukar baju kita terus gerak balik. Esok ahad rehat sepagi, bila dah petang Kayra dah sihat semula. Yey, anak mama dah sihat.

1 comment: