Friday, October 28, 2011

Bila Kita Lapar Dan Kesejukan

Bila musim hujan, perut pun lapar. Tak tau la memang sinonim ja sejuk dengan lapar. Automatik. Hujan petang lak tu, nak keluar tak boleh, takut basah. Last-last, masak, makan. Ada jugak la aktiviti yang dibuat.
Memang menggila la hujan sekarang ni, lebat mencurah-curah.
ok, petang kemarin mama masak. Ada ikan, daging dan puyuh kat dalam fridge. Dari pagi terfikir nak buat apa. Last-last sampai kat rumah buka fridge terus capai. campak-campak je kat dalam kuali terus menjadi.
Simple je, tapi kita bertambah-tambah jugak makan. Semalam kayra mama hantar kat rumah mama Azie, sebab school kan cuti sempena Deepavali. Masa ambik petang tu kayra tidur. Lepas mama masak, kejut untuk makan, terus dia bangun. lapar rupanya anak mama.
Dah le masa ambik kayra tu mama singgah beli cucur udang. Hajat hati nak beli untuk mama Azie saja, tapi terbeli untuk kita jugak. Itupun habis jugak kita telan...
Papa cakap nak keluar malam, tapi tak jadi. Kita bertiga, berkubang kat atas katil je la malam tadi berebut tab, main angry bird...

Seronok memasak, lebih seronok bila tengok orang kesayangan kita makan.

Ini sup caca merba namanya. Ada daging, ada tauhu ada telur. Belasah je la. Tak tau dah nak buat sup apa untuk kayra.

Budak seksi meksi tengok tv amboi dekatnya... tertengok iklan chips, nak aje dia...

Dah tiga tahun anak dara ni. Sekejap saja masa berlalu...

Kau tunggu nasib kau hari ni.... Lu tunggu.....

No comments:

Post a Comment