Friday, May 11, 2012

Mee udang, kue teow udang, semua makan udang ke ?

Jam satu tengahhari yang panas. Tengah-tengah boring tak tau nak buat apa,  ada plak kawan-kawan mama ajak pi Mary Kay kat Auto City.  Oleh kerana mama boring,  nak buat kerja pun malas ( hehehe...tu yang betul sebenarnya ) ,  mama pun join la depa.
Tertarik dengan lip balm Mary Kay tapi tak ada stok pulak dan kena order,  makanya selamat la duit mama limapluh ringgit.  Tak apa,  next time mama dapat la lipstik tu kan ?
Lepas gebang-gebang kat mary kay tibalah masa kami nak balik.  Jam kat tangan dah tunjuk pukul satu lebih.  Lapar?  Masing-masing dok bagi idea tempat makan.  Mula-mula ingat nak makan mi udang kat Juru tapi lepas sebuah kedai,  sebuah kedai yang kami pi tutup,  tak adalah rezeki kami kat JURU.
Idea spontan seorang kawan,  makan je la mi udang kat Batu Kawan... tanpa berlengah,  driver wira maroon tu pun bawaklah kami semua ke Batu Kawan.


Dah dapat yang dihajat. Ini pinggan Azian. Mi kuah udang.



Tengok tu masing-masing dengan hidangan berasaskan udang.



Kue Teow goreng udang Diana. Muka berseri beralaskan foundation Mary Kay. Kena masuk dalam wishlist ni...



Ye, saya memang suka tangkap gambar orang dengan makanannya.



Nampak itu nama gerai ?  Nampak itu pinggan Linda ?



Ini airnya penghilang dahaga.



Pada mulanya jual mahal konon takmau makan, akhirnya tewas. Masuk jugak lima ekor udang ni ke dalam perut. Udang sahaja tanpa mi atau nasi.



Nak makan, kopek kulit dulu ye. Kak Era kat sebelah, waima seekor udang pun dia tak order. Memang pendirian seteguh tembok batu.



Kak Era, adakah kamu, menjeling, menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang... sedap ni.....



Gambar kulit udang pun ada. Guarantee habis sepinggan udang...


Kami semua dah ready nak balik. Senyum bukan sebarang senyum. Ini senyum tanda dah kenyang...



Masa nak bayar sempat lagi bertanya dua tiga soalan. Adat berniaga mestilah jawab apa yang pelanggan tanya kan. Hari bekerja kedai bukak sampai pukul enam. Sabtu pun. ahad tu kadang-kadang je bukak. So, hari sabtu lepas ambik Kayra tu boleh la kan ?
Dan si tuan kedai bagi nombor contact kalau nak mai, call la dulu kot-kot takut tak bukak kedai. So ini nombornya...mama reveal kat sini kot-kot sapa nak pi...Gerainya kat depan Stadium Batu kawan.

012-4870521 ( Kak Cik )


2 comments:

  1. WOOOW SEDAPNYA IDA... heran no ada gak org yg kuat iman cam kak era. kalau aku dah lama roboh tembok kalau tngok udang cam tu.

    ReplyDelete
  2. Memang sedap gila nani...

    kak effa : Lepas ni kalau nak makan udang, kena ikut ida pi site. Hahaha...

    ReplyDelete